Friday, 25 March 2016

Refleksi 5 (18 MAC 2016)




How to Design a PBL Problem and Create a Problem Scenario

Last week memang feel sendiri simulasi PBL, agak kelam kabut sebab nak mengejar masa bagi selesaikan semua tugasan. Aku terfikir juga kalau nak mula memperkenalkan PBL ni dalam PDP biasa mesti akan ambil masa untuk terangkan pada pelajar tentang proses kerja pembelajaran menggunakan kaedah ini....perlu banyak simulasi agar pelajar akan terbiasa.

This week, next challenge, kena design PBL problem dan create problem scenario....memang susah walau pun ada contoh....

Apa-apa pun kena cuba, inilah yang dikatakan proses belajar....belajar dan terus belajar. 

Nak belajar 'The art of Teaching' bukannya senang....seni tu sendiri susah nak ditafsir tapi niat asal memang nak tambah ilmu mengajar agar proses PDP akan lebih bermakna... 

For more info and examples: http://www.udel.edu/

Friday, 18 March 2016

Refleksi 4 (11 MAC 2016)

PROBLEM BASED LEARNING (PBL)

IMPORTANT:
1. 7 STEPS OF PBL
2. TEACHER AS FACILITATOR (GIVE GUIDE LINE)
3. STUDENT CENTERED, GENERATE IDEA (CREATIVE             THINKING), PROBLEM SOLVER
4. REAL LIFE SITUATION
5. SOLUTION BASED ON ASSUMPTION


Group setting.....
Group member yang sporting...Juju, Sha, I dan Aini....
baru kenal tapi best la jugak kawan ngan u all


I tengah dok pikir nak tulis apa atas Thinking Tool ni...
called Carta FILA

Hasil perbincangan dan perkongsian pendapat.....

Dapatan akhir....walau pun Prof Nurul bagi komen
yang agak pedas....berasap juga telinga ni
dok ngadah tapi kira OK le tu.


Kami budak baru belajar....
kalau salah tunjuk-tunjukkan lah :-)






Monday, 7 March 2016

Aktiviti dalam PdP

Pameran Sains (Fizik) 2015





What is Central Guiding Question?



ΓΌ     The fundamental, unifying question that ties every aspect of a course (or a field of study).



My CGQ : 

How to increase my computer and technological skills and at the same time I can deliver the Physics content in the right and attractive way?

Answer week 1

*      Try to mastering the knowledge and skills as soon as possible like the skill of blogging so that some important information can be share.

*      Learn on how to choose the right way to deliver my teaching and learning so that it can increase the student understanding and attractive too.


*      Become more innovative on solving teaching and learning problem in class.

Sunday, 6 March 2016

Refleksi 3 (05 Mac 2016)


Hari ini memang tiada kelas secara formal...aku mula mencari-cari tugasan seterusnya....
“A Fair(y) Use Tale (NOT a Disney movie)”. Seolah-olah minta ditonton dan isunya “Copyright” macam sama dengan “Copy and Paste”. Disebabkan takut tak jumpa linknya so aku siap-siap letak video tu kat blog ni supaya bila nak tengok just click aje…

Mula-mula tengok pening gak sebab message yang di sampaikan dalam bentuk campuran banyak Disney movie tapi bila dengar betul-betul satu message besar cuba untuk editor sampaikan….walaupun tak berapa nak faham tapi aku cuba juga…

Kalau tak faham bahasa juga, kenalah jumpa cikgu Bahasa Inggeris…



Slow and steady…so go slow…..as slow as a snail

Refleksi 2 (27 Feb 2016)


Itu tarikh kelas pertama..Bila Prof Nurul melangkah masuk je aku dah cuba untuk menyediakan emosi dan psikologi aku supaya tidak terlalu tertekan dengan RI yang aku telah baca.

Wow... rasanya memang agak sukar tapi aku dah bertekad, too many work to be done in a short time, need smart time management so that I’ll will finish up all the assigment in a given time....
Aku memang teruja dengan perkataan-perkataan seperti inovasi, blog, MOOC dan banyak lagi perkara baru yang rasanya janggal dalam kamus hidup ni. Tapi dalam hati kecil ni memang teringin nak buat inovasi tapi masih belum tercapai hajat di hati. So, I think...this is the right time.

Teruja juga nak cipta falsafah pengajaran sendiri... sebelum ini aku guna pakai satu ayat yang berbunyi “Physics Best“. Cuma aku bertambah kusut bila memikirkan macam mana nak jadikan Fizik tu jadi Best.

Pasal ‘Blog‘ pula....memang dah lama nak buat blog sendiri tapi sampai sekarang baru tercapai hajat sebab nak tak nak memang kena ada blog sendiri dan Prof sendiri akan monitor dan mungkin rakan-rakan lain juga.......

Video....aku memang sangat mengagumi orang-orang yang pandai buat dan menyunting video...mereka ni memang bijak la. Teringin juga buat video sendiri, tak kisahlah video pasal apa...yang penting berfaedah. Dulu memang rasa malu...malu nak tanya buat video macam mana...bahagian paling susah tu mesti menyunting...haru-biru rasanya bila video 45-60 min dijadikan 6-7 minit....banyak perkara baru yang kena belajar ni....dah rasa macan budak Fakulti Seni Kreatif pula....
Akhir sekali....aku memang mencari-cari website untuk menambah ilmu selain membaca buku. Bak kata orang tua-tua, alih-alih rof sebut pasal MOOC dan Coursera.....yang Coursera tu memang pernah aku dengar....mungkin Dr Razak Samad pernah sebut dalam kelas Curriculum Design semester lepas. 

Huh...macam tak cukup jari nak taip rasanya. Perasaan bercampur aduk...teruja, takut, risau, gembira dan macam-macam lagi.

Rasanya course ni akan memberikan banyak mandaat kepada aku terutama ilmu-ilmu yang nak sangat aku belajar dan akhirnya diaplikasikan.



Ok...cukup la setakat ini...lain kali aku sambung lagi...

Friday, 4 March 2016

Refleksi 1 (sebelum kuliah)



End of Feb 2016, aku telah melangkah ke semester 3 dalam pengajian master aku. Diam tak diam dah separuh perjalanan menuntut ilmu aku lalui dengan niat untuk memperbaiki diri dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa melayu dan beragama Islam…
Bagi melengkapkan kuliah semester ini aku memutuskan untuk mengambil kesemua tiga subjek yang masih belum diambil semester-semester lepas terutama semester yang tertangguh dulu…harap-harap berbaloi.


Semasa pendaftaran subjek kelihatan satu subjek agak menarik minatku, Communication Technology and Innovation in Teaching and Learning Physics...mesti menarik subjek ni...komunikasi, teknologi, inovasi dan PdP...Fuh hampir separuh nama course tu memang menampakkan kelemahan aku....memang dalam hati kecil ni nak memperbaiki semuanya tapi masih belum terlaksana, kalau ada pun...aku kena paksa diri untuk belajar sendiri, memang satu perkara yang akan memberikan sedikit tekanan rasanya terutama kalau dipaksa. Subab itulah aku sukarela nak ambil subjek ni dan cuba untuk rela menerima semua tugasan yang pensyarah berikan dan bertekad untuk mengatasi semua kelemahan dalam 14 minggu akan datang. Aku mula merasai cabaran getir sepanjang 14 minggu nanti..kepala dah mula berpusing-pusing macam tayar bas...where to start?...so I think that the 1st class will show me the right way.