Friday, 4 March 2016

Refleksi 1 (sebelum kuliah)



End of Feb 2016, aku telah melangkah ke semester 3 dalam pengajian master aku. Diam tak diam dah separuh perjalanan menuntut ilmu aku lalui dengan niat untuk memperbaiki diri dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa melayu dan beragama Islam…
Bagi melengkapkan kuliah semester ini aku memutuskan untuk mengambil kesemua tiga subjek yang masih belum diambil semester-semester lepas terutama semester yang tertangguh dulu…harap-harap berbaloi.


Semasa pendaftaran subjek kelihatan satu subjek agak menarik minatku, Communication Technology and Innovation in Teaching and Learning Physics...mesti menarik subjek ni...komunikasi, teknologi, inovasi dan PdP...Fuh hampir separuh nama course tu memang menampakkan kelemahan aku....memang dalam hati kecil ni nak memperbaiki semuanya tapi masih belum terlaksana, kalau ada pun...aku kena paksa diri untuk belajar sendiri, memang satu perkara yang akan memberikan sedikit tekanan rasanya terutama kalau dipaksa. Subab itulah aku sukarela nak ambil subjek ni dan cuba untuk rela menerima semua tugasan yang pensyarah berikan dan bertekad untuk mengatasi semua kelemahan dalam 14 minggu akan datang. Aku mula merasai cabaran getir sepanjang 14 minggu nanti..kepala dah mula berpusing-pusing macam tayar bas...where to start?...so I think that the 1st class will show me the right way.

No comments:

Post a Comment