Monday, 23 May 2016

TEACHING PHYLOSOPHY


Falsafah  Pengajaran Saya


“Mengajar dan belajar adalah menyeronokkan”


Tidak dinafikan bahawa mengajar merupakan tugas guru yang hakiki manakala tugas pelajar adalah belajar. Oleh itu, saya percaya bahawa kedua-duanya ada kesinambungan daripada aspek keseronokan. Guru perlu seronok mengajar baharulah pelajar seronok untuk belajar. Guru perlu sentiasa perbaiki diri dari segi sikap dan motivasi. Guru perlu kreatif menggunakan pelbagai pendekatan berdasarkan pelbagai teori-teori pembelajaran. Manakala pula harus bersedia menerima kepelbagaian pendekatan ini sebagai sesuatu yang perlu dalam proses pembelajaran mereka. Oleh yang demikian, bagi mewujudkan suasana keseronokan ini, guru dan pelajar harus memikul tanggungjawab masing-masing dengan baik agar aspirasi yang dicita-citakan oleh negara akan dapat dicapai. Pembelajaran Alaf 21 merupakan medan terbaik mempraktikkan falsafah pengajaran saya ini.

No comments:

Post a Comment