Friday, 22 April 2016

Refleksi 10 (23 April 2016)


BLENDED COME FOR THE 2ND TIME





Hari ini, masa agak pendek rasanya. Aku cuba melengkapkan templete Kajian Tindakan yang telah dimuat turun sebagai persediaan pembentangan dalam kuliah akan datang.

Memang nak fokus dalam menjayakan Kajian Tindakan ini kerana aku dah lama nak hasilkan Kajian Tindakan sendiri siap dengan laporan dan harap-harap boleh dijadikan bahan rujukan untuk masa akan datang. Boleh masuk dalam fail Panitia sekali. 


Refeksi 9 (16 April 2016)


Alatan Web 2.0 Untuk Pendidikan - Web 2.0 Tools For Education


Apakah itu web 2.0?
Web 2.0 adalah istilah yang diperkenalkan pada tahun 2004 dan merujuk kepada generasi kedua World Wide Web. Istilah "2.0" berasal dari industri perisian, versi baru program perisian dilabel dengan nombor versi tambahan. Seperti perisian, generasi baru web termasuk ciri-ciri baru dan fungsi yang tidak ada pada masa lalu. Walau bagaimanapun, Web 2.0 tidak merujuk kepada versi khusus laman web, tetapi satu siri penambahbaikan teknologi.

Apakah contoh web 2.0?

Beberapa contoh ciri-ciri yang dianggap sebagai sebahagian daripada Web 2.0 adalah seperti berikut:
Blogs - juga dikenali sebagai web log, ini membolehkan pengguna untuk menghantar pemikiran dan kemas kini mengenai kehidupan mereka di Web.

Wiki - laman web seperti Wikipedia dan lain-lain membolehkan pengguna dari seluruh dunia untuk menambah dan mengemaskini kandungan dalam talian.

Social networking - laman web seperti Facebook membenarkan pengguna untuk membina dan menyesuaikan profil sendiri serta berkomunikasi dengan rakan-rakan.

Aplikasi Web - pelbagai permohonan baru membolehkan pengguna untuk menjalankan program-program secara langsung dalam pelayar Web.


Apakah senarai web 2.0 yang pernah digunapakai?
Sememangnya anda juga menggemari perkara baharu, ini antara senarai web 2.0 yang sebenarnya tanpa sedar telah kita guna pakai…
• Blogs
• Podcasts
• Social Networks
• Wikis
• ePortfolios
• Micro-Blogs

 • Social Bookmarking



WEB 2.0 DAN COURSERA

Agak sibuk kebelakangan ini....tak sempat nak update blog pun.

Inilah ruang masa yang sedikit. Mari berkongsi....


Kuliah last week, Prof mengingatkan kami agar melengkapkan course online dalam COURSERA. 30% tu, memang banyak dan berbaloi untuk dapatkan gred yang baik.


Powerful Tools for Teaching and Learning: 

Web 2.0 Tools




Banyak perkara baru yang dipelajari termasuklah belajar secara kendiri dan pada masa yang sama boleh dapat pengiktirafan dalam bentuk sijil yang dikeluarakan oleh pihak penganjur.

Best juga...inilah yang dikatakan 'lifelong learning'. Belajar dari buaian ke liang lahad....memanglah...ilmu Allah tu takkan habis. Memang hebat.

Lebih menarik, sebahagian 'Tools' yang diterangkan, memang kita selalu pakai macam Google Drive, Dropbox, dan baru-baru ni nak berjinak-jinak dengan KAHOOT pula. Ada kawan kata boleh 'embedded' dalam FROG VLE. Memang betullah...2 dalam 1, boleh bantu sekolah naikkan tahap penggunaan FROG VLE pada masa yang sama guna KAHOOT, pasti seronok.

Prof juga briefing tentang BLENDED LEARNING course dari Edx, memang buat sungguh-sungguh tapi tak juga capai 80%. 
Tapi lebih penting, aku mula memahami dengan lebih jelas apakah itu BLENDED LEARNING.

Saturday, 9 April 2016

Refleksi 8 (9 April 2016)

Kursus Terbuka atas Talian Secara Besar-Besaran - 
Massive Open Online Course (MOOC)
Apakah MOOC?
Kursus Terbuka atas Talian Secara Besar-Besaran (MOOC) adalah kursus dalam talian bertujuan untuk penyertaan interaktif besar-besaran dan akses terbuka melalui laman web. Selain bahan-bahan kursus tradisional seperti video, bacaan, dan set masalah, MOOC juga menyediakan forum pengguna interaktif yang membantu membina masyarakat untuk pelajar dan tenaga pengajar. Kursus ini bertujuan untuk membantu dalam merealisasikan misi pembelajaran sepanjang hayat.

MOOC telah diperkenalkan pada tahun 2008 semasa yang dipanggil "Connectivism dan Pengetahuan perantara" yang telah dibentangkan kepada 25 tuisyen pelajar yang membayar dalam Pendidikan Lanjutan di University of Manitoba sebagai tambahan kepada 2,300 pelajar-pelajar lain dari orang awam yang mengambil kelas dalam talian percuma percuma.

Adakah MOOC untuk Anda?

Walaupun pembelajaran yang berlaku pada skala yang lebih besar, tanggungjawab tersebut terletak kepada pelajar. Tidak ada tekanan untuk menghadiri forum-forum, menyertai, berhubung dengan guru pengajaran dan menghulurkan pandangan dan sebagainya. Konsep yang ingin diterap dalam kursus ini menuntut anda untuk banyak membaca dan juga berinteraksi tetapi ini tidak wajib (kebanyakan masa). MOOC adalah untuk orang-orang yang mencari ilmu tambahan dengan mengisi masa lapang mereka. 
Ini bukan untuk pelajar pasif kerana ia melibatkan penciptaan kandungan aktif, yang kadang-kadang boleh menjadi huru-hara. Sebagai peserta, anda perlu berupaya untuk mengawal diri dan situasi pembelajaran anda.
Apa yang lebih menarik lagi, semua videonya berkualiti tinggi, aday yang boleh dimuat turun sebagai persediaan pembelajaran di luar talian. Begitu juga dengan skrip yang mudah di cetak keluar jika kita bermasalah dalam mendengar bahan kursus yang disampaikan. Tiada had waktu untuk akses pembelajaran ini walau pun di tengah malam atau awal pagi.


Masa depan MOOC.


Konsep ini semakin popular dengan lebih dan lebih banyak peluang untuk pelajar untuk belajar. Walaupun terdapat perdebatan besar berlaku sama ada konsep ini memang terbuka atau tidak tetapi dalam MOOC pendapat saya menyediakan satu konsep teknologi yang kukuh yang perlu dimanfaatkan lebih, membolehkan ia menjadi lebih tersusun ke arah pembelajaran. Dengan adanya kursus asas rawak tidak akan membuahkan hasil dalam jangka masa panjang. 


Di manakah saya boleh mengakses MOOC:
 Disini saya senaraikan beberapa laman web yang menawarkan MOOC percuma:
     Coursera (https://www.coursera.org/)
     Udacity (https://www.udacity.com/)
     EDX (https://www.edx.org/)
     Khan Academy (https://www.khanacademy.org/)
     Udemy (https://www.udemy.com/)
     Codecademy (http://www.codecademy.com/)

Ini perkongsian saya.. Telah menyelesaikan salah satu kursus MOOC bertajuk "BLENDED LEARNING". Memang mengujakan.

BLENDED LEARNING IN edX COURSE






Aku bermula pada malam tadi untuk meninjau-ninjau kursus ini. Mungkin ambil masa 3-4 jam. Harap-harap la boleh siap dalam masa yang telah dicadangkan.

Tanggapan aku meleset, aku memerlukan lebih daripada 4 jam untuk melengkapkan semua tugasan dan markah keseluruhan tak sampai 80. Memang mengecewakan, tapi bukan markah yang lebih penting, 'value blended learning' dan kefahaman dalam melaksanakannya lebih penting. Aku redha kalau Prof ambil kira markah itu untuk coursework dengan harapan markah itu tidak akan menunjukkan kefahaman keseluruhan aku terhadap kursus itu setelah aku berjaya melengkapkannya.


Banyak yang aku belajar dalam masa yang singkat. Lain kali kalau ada kursus pendek macam ni, memang aku rasa nak cuba lagi, macam seronok pulak apatah lagi bila tengok progress....memang macam kelakar. Lebih banyak tak faham daripada faham .

AKTIVITI MINGGU INI


PEMBELAJARAN BERASASKAN PEMIKIRAN (TBL)



Aku sangat berminat untuk menjalankan kaedah pembelajaran ini berbanding PBL. Pada kuliah lepas, aku dengan penuh keyakinan membentangkan Rancangan Pembelajaran Harian berasaskan TBL. Memang menarik dan Prof Nurul memberikan respon yang sangat positif walau pun aku perlu membuat sedikit pengubahsuaian dalam rph tersebut,

Oleh itu, aku telah cuba menjalankan TBL di dalam real situation. Bagi memasukkan elemen teknologi, aku telah meminjam notebook 1Malaysia kepada setiap pelajar. Lembaran kerja TBL pula dibuka terus dalam googgle Drive dan seterusnya dikongsi bersama semua anak-anak didik dalam bentuk berkumpulan. Jadi invitation hanya dihantar kepada ketua kumpulan sahaja. Memang menarik, pelajar pun teruja, mereka tidak perlu menulis di dalam helaian kertas dan semua maklumat dan jawapan di taip di dalam google doc.

Kelemahan ketara adalah sfesifikasi komputer yang menyebabkan banyak masa terbuang hanya untuk mengakses lembaran tersebut dan tak lupa juga masalah pelajar lupa kata laluan bagi emel mereka.

Secara keseluruhannya mereka mengambil masa yang panjang untuk melengkapkan pengurus grafik yang diberikan kerana masih tidak biasa dengan kaedah pembelajaran tersebut. Oleh itu, aku perlukan beberapa sesi lagi bagi betul-betul bersedia untuk implement TBL di dalam pdp...keseluruhannya memang best..

Refleksi 7 (2 April 2016)

THINKING BASED LEARNING (TBL)


Pembelajaran berasaskan pemikiran.

1. Pelajar diajar untuk berfikir selain memahami kandungan pembelajaran.
2. 'Habits of Mind' perlu selalu dipaktikkan supaya kemahiran berfikir sentiasa            wujud dalam persekitaran pembelajaran.
3. Aktiviti berkumpulan mementingkan situasi mendengar dengan hormat untuk         kefahaman.
   
Ciri-ciri mendengar dengan hormat untuk kefahaman.
1.  Berhenti apabila seseorang sedang berkata-kata sehingga selesai.
2.  Parafrasa apa yang dikatakan rakan kamu.
3.  Tanya lebih lanjut tentang apa yang dikatakan rakan  kamu.
       4. Beri isyarat penerimaan secara lisan dan bukan lisan (seperti mengangguk            kepala).



My CGQ : 

How to increase my computer and technological skills and at the same time I can deliver the Physics content in the right and attractive way?


Answer week 7


Perjalanan menuntut ilmu telah sampai kepertengahan masa. Matlamat untuk menjawab persoalan besar yang telah saya wujudkan pada minggu pertama semakin terjawab. Saya telah menemukan salah satu kaedah pengajaran yang menggunakan ‘alat’ teknologi bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan iaitu Kaedah Pengajaran Interaktif. Sebelum ini saya sering mendengar kaedah ini, dan pada fikiran dan saya kaedah ini hanya tertumpu apabila kita mengajar menggunakan alat teknologi dan persembahan menggunakan Software Mikrosoft Office Power Point, Video sendiri atau yang dimuat turun daripada Youtube. 

Tapi kali ini saya telah diperkenalkan dengan alat yang berfungsi di atas talian seperti Web 2.0 bagi menyelesaikan beberapa masalah dalam pengajaran dan pembelajaran seperti komunikasi, kolaborasi dan kreativiti. Saya mengharapkan apabila saya dapat melaksanakan dan mempraktikkan pendekatan ini, saya akan dapat menambah nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas saya selain hanya mengetahui akan kewujudannya.

Friday, 1 April 2016

SMALL PROJECT BASED


TUGASAN MASA CUTI
TINGKATAN : 4 SAINS
VIDEO PENDEK : INERSIA

Memang awesome....ni yang terbaik....boleh bagi kredit 5 bintang...







Refleksi 6 (26 MAC 2016)


TEACHING BASED LEARNING (TBL)

KEMAHIRAN BERFIKIR

“Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan      individu menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan  sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya  memahami dan mencorak alam sekeliling.”




Sumber :
SPESIFIKASI KURIKULUM
FIZIK TINGKATAN 4
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012

Selepas tamat kuliah hari ini, aku mula menyedari bahawa banyak perkara pokok yang semakin pudar dalam minda sedar ini….

Terutama tujuan utama pdp itu sendiri jika berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani mengikut acuan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Apabila kami para guru dimomok-momokkan dengan ‘Key Performance Indicator (KPI)’ dan matlamat untuk mencapai gred purata matapelajaran (GPS) yang baik, maka pada akhirnya seolah-olah guru tiada pilihan selain menjadikan semua pelajar sebagai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam….


Kita sendiri seolah-olah menidakkan potensi pelajar tersebut dengan menghadkan banyak aktiviti pelajar. Masteri learning bukan perkara penting pada kita. ‘Cooperative learning’ pun seakan hilang dalam jadual aktiviti apatah lagi mencuba strategi pengajaran yang agak berbeza…seperti TBL dan PBL.