Friday, 1 April 2016

Refleksi 6 (26 MAC 2016)


TEACHING BASED LEARNING (TBL)

KEMAHIRAN BERFIKIR

“Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan      individu menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan  sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya  memahami dan mencorak alam sekeliling.”




Sumber :
SPESIFIKASI KURIKULUM
FIZIK TINGKATAN 4
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012

Selepas tamat kuliah hari ini, aku mula menyedari bahawa banyak perkara pokok yang semakin pudar dalam minda sedar ini….

Terutama tujuan utama pdp itu sendiri jika berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani mengikut acuan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Apabila kami para guru dimomok-momokkan dengan ‘Key Performance Indicator (KPI)’ dan matlamat untuk mencapai gred purata matapelajaran (GPS) yang baik, maka pada akhirnya seolah-olah guru tiada pilihan selain menjadikan semua pelajar sebagai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam….


Kita sendiri seolah-olah menidakkan potensi pelajar tersebut dengan menghadkan banyak aktiviti pelajar. Masteri learning bukan perkara penting pada kita. ‘Cooperative learning’ pun seakan hilang dalam jadual aktiviti apatah lagi mencuba strategi pengajaran yang agak berbeza…seperti TBL dan PBL.

No comments:

Post a Comment