Saturday, 9 April 2016
AKTIVITI MINGGU INI
PEMBELAJARAN BERASASKAN PEMIKIRAN (TBL)
Aku sangat berminat untuk menjalankan kaedah pembelajaran ini berbanding PBL. Pada kuliah lepas, aku dengan penuh keyakinan membentangkan Rancangan Pembelajaran Harian berasaskan TBL. Memang menarik dan Prof Nurul memberikan respon yang sangat positif walau pun aku perlu membuat sedikit pengubahsuaian dalam rph tersebut,
Oleh itu, aku telah cuba menjalankan TBL di dalam real situation. Bagi memasukkan elemen teknologi, aku telah meminjam notebook 1Malaysia kepada setiap pelajar. Lembaran kerja TBL pula dibuka terus dalam googgle Drive dan seterusnya dikongsi bersama semua anak-anak didik dalam bentuk berkumpulan. Jadi invitation hanya dihantar kepada ketua kumpulan sahaja. Memang menarik, pelajar pun teruja, mereka tidak perlu menulis di dalam helaian kertas dan semua maklumat dan jawapan di taip di dalam google doc.
Kelemahan ketara adalah sfesifikasi komputer yang menyebabkan banyak masa terbuang hanya untuk mengakses lembaran tersebut dan tak lupa juga masalah pelajar lupa kata laluan bagi emel mereka.
Secara keseluruhannya mereka mengambil masa yang panjang untuk melengkapkan pengurus grafik yang diberikan kerana masih tidak biasa dengan kaedah pembelajaran tersebut. Oleh itu, aku perlukan beberapa sesi lagi bagi betul-betul bersedia untuk implement TBL di dalam pdp...keseluruhannya memang best..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment