Saturday, 9 April 2016

Refleksi 7 (2 April 2016)

THINKING BASED LEARNING (TBL)


Pembelajaran berasaskan pemikiran.

1. Pelajar diajar untuk berfikir selain memahami kandungan pembelajaran.
2. 'Habits of Mind' perlu selalu dipaktikkan supaya kemahiran berfikir sentiasa            wujud dalam persekitaran pembelajaran.
3. Aktiviti berkumpulan mementingkan situasi mendengar dengan hormat untuk         kefahaman.
   
Ciri-ciri mendengar dengan hormat untuk kefahaman.
1.  Berhenti apabila seseorang sedang berkata-kata sehingga selesai.
2.  Parafrasa apa yang dikatakan rakan kamu.
3.  Tanya lebih lanjut tentang apa yang dikatakan rakan  kamu.
       4. Beri isyarat penerimaan secara lisan dan bukan lisan (seperti mengangguk            kepala).



My CGQ : 

How to increase my computer and technological skills and at the same time I can deliver the Physics content in the right and attractive way?


Answer week 7


Perjalanan menuntut ilmu telah sampai kepertengahan masa. Matlamat untuk menjawab persoalan besar yang telah saya wujudkan pada minggu pertama semakin terjawab. Saya telah menemukan salah satu kaedah pengajaran yang menggunakan ‘alat’ teknologi bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan iaitu Kaedah Pengajaran Interaktif. Sebelum ini saya sering mendengar kaedah ini, dan pada fikiran dan saya kaedah ini hanya tertumpu apabila kita mengajar menggunakan alat teknologi dan persembahan menggunakan Software Mikrosoft Office Power Point, Video sendiri atau yang dimuat turun daripada Youtube. 

Tapi kali ini saya telah diperkenalkan dengan alat yang berfungsi di atas talian seperti Web 2.0 bagi menyelesaikan beberapa masalah dalam pengajaran dan pembelajaran seperti komunikasi, kolaborasi dan kreativiti. Saya mengharapkan apabila saya dapat melaksanakan dan mempraktikkan pendekatan ini, saya akan dapat menambah nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas saya selain hanya mengetahui akan kewujudannya.

No comments:

Post a Comment