Friday, 27 May 2016

CENTRAL GUIDING QUESTION FINAL WEEK

My CGQ : 

How to increase my computer and technological skills and at the same time I can deliver the Physics content in the right and attractive way?


Answer week 14


Perjalanan menuntut ilmu telah sampai kepenghujuna masa bagi kuliah semester ini tetapi perjalanan menuntut ilmu yang sebenar baharu bermula. Matlamat untuk menjawab persoalan besar yang telah saya wujudkan pada minggu pertama akhirnya terjawab sepenuhnya. Dalam kursus pendek hanya 14 minggu ini saya telah berjaya meningkatkan kemahiran teknologi dan komputer saya termasuklah:


  1. menghasilkan video pendek pengajaran dan pembelajaran iaitu TBL. 
  2. beberapa lagi video lain bagi tujuan kursus yang lain.
  3. membuat suntingan terhadap video tersebut termasuklah memasukkan bunyi   instrumen, 'caption' dan sebagainya (yang sememangnya tidak pernah dilakukan sebelum ini).
  4. Menghasilkan sebuah persembahan menggunakan aplikasi atas talian 'Prezi Presentation' walaupun tidak berkesempatan mempersembahkannya dalam kursus ini. Saya merasakan ia amat bermakna.
Bagi tujuan pdp yang pula, banyak perkara baru terutama pendekatan terkini pengajaran dan pembelajaran telah dapat dipelajari seperti:

  1. Pengajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning)
  2. Pengajaran Berasaskan Pemikiran (Thinking Based Learning)
  3. 4 jenis Pembelajaran Inkuiri.
  4. Pengenalan kepada Web 2.0 yang dipelopori oleh COURSERA dan lain-lain pelopor Web 2.0 seperti EdX, Khan Academy dan sebagainya.

Sememangnya kursus ini telah dapat membantu saya menjawab persoalan besar yang bermain-main di dalam kotak pemikiran ini. Terima kasih kepada penyarah Prof Madya Dr Nurulhuda binti Abdul Rahman dan teman-teman seperjuangan yang bersama-sama berjuang untuk melengkapkan pembelajaran ini. Moga dengan ini menjadi titik tolak kepada pembelajaran sepanjang hayat.




1 comment:

  1. Pejam celik dah sampai hujung semester ni..perjuangan belum selesai, terus berusaha. Good Luck Teacher Rina!

    ReplyDelete