Friday, 27 May 2016

VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Akhirnya siap juga sebuah karya dalam bentuk video pendek bagi pengajaran dan pembelajaran bertajuk "PEMBELAJARAN BERASASKAN PEMIKIRAN (TBL) MEMBANDING BEZA IMPULS DAN DAYA IMPULS". Hampir beberapa minggu masa telah diambil bagi bermula daripada sesi kuliah tentang TBL, perancangan Rancangan Pengajaran Harian, perekodan video, suntingan hinggalah tiba masa untuk dimuat naik ke dalam medium Youtube bagi perkongsian semua.

Keseluruhannya memang sangat menarik, saya sangat bersyukur kerana dalam waktu yang singkat ini dapat mempelajari banyak perkara yang berfaedah untuk diri pada masa ini dan juga masa akan datang. Kadangkala tekanan datang jua tetapi tekad meneruskan cita-cita menambah ilmu mengatasi segala-galanya. Besar harapan di hati ini agar perkongsian ini memberi makna kepada penonton dan pembaca sekalian.




1 comment:

  1. Daripada video saya dapat mengenali proses TBL. Saya tertarik untuk menggunakannya juga lain kesempatan. Terimakasih sudah berbagi. :)

    ReplyDelete